Polisi-polisi Berkaitan

Polisi Privasi

  1. Maklumat yang anda berikan samada di internet melalui website ini atau melalui Mesej Peribadi (Private Message -PM) di Facebook atau pun semasa mendapatkan rawatan secara bertemu atau melalui telefon akan dilayan sebagai maklumat peribadi dan rahsia.
  2. Maklumat ini hanya akan dikongsikan sesama perawat rasmi PRAWIS sekiranya terdapat keperluan, seperti pertukaran perawat untuk kes tertentu, dan juga untuk tujuan perkongsian pengalaman dan latihan. Selain daripada tujuan yang dinyatakan, maklumat anda sama sekali tidak akan dikongsikan dengan pihak lain.
  3. Sekiranya maklumat ini dikira wajar untuk dikongsikan untuk manfaat umum, maka identiti sebenar pesakit / pelanggan akan disamarkan.
  4. Maklumbalas anda melalui blog/website ini atau mesej peribadi (PM) di Facebook PRAWIS atau mesej WhatsApp, SMS dan seumpamanya akan digunakan, sekiranya difikirkan wajar, untuk tujuan promosi (testimoni). Sila maklumkan sekiranya anda tidak mahu maklumbalas anda itu disebarkan, atau ingin identiti anda tidak di dedahkan.

 

Upah Perkhidmatan

  1. Upah perkhidmatan telah dimaklumkan secara umum pada halaman yang berkenaan, sebagai panduan kepada upah yang akan dikenakan.
  2. Upah sebenar bergantung kepada kes dan keadaan setiap kes, termasuk tetapi tidak terhad kepada lokasi dan masa rawatan.
  3. Anggaran upah akan dimaklumkan terlebih dahulu bagi mendapat persetujuan pelanggan / pesakit sebelum rawatan atau pemulihan rumah dilakukan. Ini termasuk anggaran bagi tujuan pergi ke kawasan bagi tujuan pengesahan dan penetapan rawatan / pemulihan.

 

Rakaman Video

  1. Video rawatan akan dirakam untuk beberapa tujuan:
    a) Menjadi rujukan perawat dan pengasas untuk mengkaji kes dan merancang tindakan susulan, jika perlu.
    b) Menjadi rujukan latihan dan kajian kes untuk perawat baharu.
    c) Menjadi bukti video tentang rawatan PRAWIS.
  2. Sekiranya video ini digunakan untuk tujuan promosi atau pun apa-apa tujuan untuk sebaran umum, identiti pelanggan / pesakit dan ahli keluarganya akan disamarkan kecuali mendapat persetujuan daripada pelanggan / pesakit dan ahli keluarganya untuk didedahkan identiti sebenar.
  3. Sekiranya anda mendapati video anda digunakan oleh PRAWIS dan anda ingin video tersebut tidak dipamerkan, sila hubungi kami secara langsung samada dengan menghantar mesej peribadi di Facebook kami atau menghubungi mana-mana perawat PRAWIS.

.

v01/05/2017 – (Imran Ismail)

Pusat Rawatan Ikhtiar Assofa (PRAWIS)

PRAWIS (Ibupejabat) Rawang
2C-2-11, Jalan Rawang Mutiara 3,
Rawang Mutiara Business Centre 2,
48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan

Waktu Buka:
2ptg - 10mlm setiap hari kecuali Jumaat, Isnin & cuti Umum.

Open Chat
1
Close chat
Sila tekan butang "Mula" untuk berbual dengan kami.

Mula