PENGAJIAN ILMU GERAK

 

PENGENALAN

 

Ilmu Gerak adalah ilmu MEMBANGKITKAN KESEDARAN ROH. Kesedaran Roh merangkumi urusan kembali bertauhid dan pembangkitan rohani.

Kembali bertauhid bertujuan untuk mendapat kesempurnaan tawakal kepada Allah sebab dengan tawakal, Allah s.w.t berjanji akan mencukupkan manusia (65:3) sementara pembangkitan rohani bermaksud memanfaatkan upaya diri roh insan (45:13) melalui doa (40:60).

Manfaat pembangkitan Kesedaran Roh, seseorang itu akan berupaya untuk menggagalkan segala bentuk gangguan jin, serangan sihir dan enapan zat jahat dengan hanya menggunakan upaya diri rohnya sendiri. Menggunakan upaya rohani dalam usaha untuk mengeluarkan jin (makhluk halus) yang bersarang di dalam badan pesakit, hakikatnya tidak memerlukan kepada cara selainnya termasuk ruqyah. Bahkan Rasulullah s.a.w melalui sunnahnya tidak pernah meruqyah jin yang merasuki pesakit. 

Allah s.w.t tidak pernah menyatakan di dalam Al-Quran kaedah mengusir jin adalah dengan cara meruqyahi mereka tetapi surah Al-Shaffat ayat 8 mengisyarahkan bahawa mengusir jin adalah dengan cara menyakiti mereka dengan sesuatu yang dapat memudaratkan tubuh mereka. 

Mereka tidak dapat mendengar (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segenap penjuru. [Al-Shaffat:8]

Dalam hal ini Nabi Ibrahim a.s merejam mereka (jin) dengan jamrah (bebatuan kecil), Nabi Idris a.s menyakiti mereka dengan tusukan jarum, Rasulullah s.a.w mengusir mereka dengan pukulan tangan atau kain (baju), Umar Al Khattab r.a mengalahkan mereka dalam perlawanan gusti, Khalid Al Walid r.a menetak mereka dengan pedang sehingga mati manakala Imam Ahmad mengancam mereka dengan pukulan kasut. Demikian sunnah para Rasul, Sahabat dan Tabi’en.

Oleh sebab itulah pengamal Ilmu Gerak dalam ehwal rawatan bertindak menyakiti mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Salafussoleh. Cuma dalam hal ini, pengamal Ilmu Gerak menggunakan daya dari rohaninya sendiri. Hakikatnya, daya rohani itu sememangnya wujud sebab ia adalah tabiat roh.

Sungguhpun perkara yang bersangkutan dengan tabiat roh tidak dinyatakan secara langsung dalam Al-Quran dan hadith namun ia dapat disaksikan melalui kajian yang dilakukan oleh para Ulul Albab di alam Melayu sebab Allah s.w.t telah menyatakan segala yang dijadikan-Nya mempunyai manfaat yang tersendiri termasuklah terhadap diri manusia itu sendiri yang terdiri daripada jasad, roh dan nafs.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi  serta pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi Ulul Albab. (iaitu) Orang-orang yang senantiasa mengingati Allah meskipun semasa berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini sia-sia.” [Ali ‘Imran:190,191]

Dan Dia telah menundukkan bagi kalian apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di bumi semuanya (sebagai rahmat) daripada-Nya. [Al-Jatsiyah:13]

Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar. [Al-Rum:8]

Demikian roh, ia tergolong ciptaan Tuhan yang juga memiliki manfaatnya yang tersendiri selain memberi hayat pada jasad (manusia) semata-mata. Ia juga termasuk perkara yang ditundukkan Allah bagi manusia untuk menggunakannya.

Kejadian roh walau masih misteri namun ia teristimewa berbanding jasad yang dijadikan daripada tanah bumi yang secara detail telah dinyatakan proses kejadiannya di dalam A-Quran. Keistimewaannya terserlah apabila Allah s.w.t di dalam Al-Quran telah mengaitkan kewujudannya (roh) dengan diri-Nya.

Kemudian Dia menyempurnakannya (manusia) dan meniupkan ke dalamnya roh daripada-Nya. [Al-Sajadah:9]

Oleh itu, pemerhatian dan kajian yang dilakukan oleh para Ulul Albab terhadap roh akhirnya menemui keistimewaannya yang berkeupayaan dengan dayanya mendatangkan manfaat kesembuhan bagi manusia dalam hal yang bersangkut-paut dengan penyakit yang bersifat fizikal, gangguan makhluk halus (jin), serangan sihir dan zat jahat.

Daya roh setiap manusia hakikatnya sentiasa dalam keadaan siap siaga untuk digunakan pada bila-bila masa namun amat sedikit di kalangan manusia yang tahu memanfaatkannya. Justeru seseorang yang mahu menggunakannya perlulah mendapatkan ijazah Ilmu Gerak dan berada dibawah asuhan guru yang mursyid sehingga berjaya menjadi seorang perawat yang profesional.

Ilmu Gerak tergolong ilmu kerohanian yang keilmuannya tidak menggunakan sebarang bahantara dan perantara samada melalui alat, jampi serapah atau jin.

Uniknya penggunaan Ilmu Gerak semasa proses rawatan adalah bersifat universal iaitu satu kaedah untuk pelbagai guna.

Bermula dari proses menerbitkan penyakit, menyakiti jin, mengeluarkan jin, membebaskan jin yang terbelenggu dalam badan, mendatangkan jin, membunuh jin, memusnahkan zat jahat, memusnahkan sihir, membatalkan ilmu kebatinan berasaskan jin, memutuskan perhubungan dengan jin (saka), pemulihan premis dan sebagainya adalah hanya menggunakan daya Diri Roh.

Apa Kata Mereka Yang Telah Sertai?

Tonton perkongsian daripada peserta – peserta yang telah sertai kursus

______________________________________________________________________________________________________________

PILIH PENGAJIAN ILMU RAWATAN UNTUK PENGIJAZAHAN ILMU GERAK

MODULE

1.Kenal Diri (Pembukaan Rahsia Diri Dan Daya Diri Roh)

2.Pengijazahan Ilmu Gerak

3.Kaedah Rawatan Jin, Sihir Dan Zat Jahat Berasaskan Ilmu Gerak

 

MODULE

1.Kenal Diri (Pembukaan Rahsia Diri Dan Daya Diri Roh)

2.Pengijazahan Ilmu Gerak

3.Mengenal Hakikat Jin, Sihir Dan Zat Jahat Untuk Mengatasinya Dengan Mudah

4.Kaedah Rawatan Jin, Sihir Dan Zat Jahat Berasaskan Ilmu Gerak

5.Memahami Ilmu Gerak Untuk Kegunaan Pelbagai Seperti Memagar Rumah, Mengusir Atau Membunuh Jin, Scan Dan Sebagainya.

6.Hakikat Penyakit (Pembukaan Rahsia Kesembuhan)

7.Pembelajaran Berterusan Sehingga Pandai Merawat Ke Tahap Profesional

 

JANGAN KETINGGALAN!

Sudah terbit!

Untuk julung kalinya buku ILMU GERAK: Khazanah Pendeta Melayu ini membahaskan suatu kaedah rawatan bardasarkan keilmuan pendeta Melayu yang berupaya menumpaskan jin dan sihir dengan mudah, santai dan berhasil. 

Untuk membeli sila layari Facebook PRAWIS (facebook.com/sepohonjadi.prawis). Dan jangan lupa sertai senarai langganan kami untuk berita-berita menarik yang lain.

 

Terima kasih atas langganan anda. Sila pastikan email dari kami tidak termasuk ke dalam folder SPAM anda.