Menggunakan upaya rohani dalam usaha untuk mengeluarkan jin (makhluk halus) yang bersarang di dalam badan pesakit, tidak memerlukan kepada cara selainnya termasuk ruqyah. Bahkan Rasulullah s.a.w melalui sunnahnya tidak pernah meruqyah pesakit yang dimasuki jin. Ruqyah amat jelas dilakukan baginda Rasulullah s.a.w hanya terhadap pesakit yang disebabkan sihir dan gila.

Allah s.w.t tidak pernah menyatakan di dalam Al-Quran kaedah mengusir jin adalah dengan cara membacakan ayat-ayat Al-Quran padanya tetapi surah Al-Shaffat ayat 8 mengisyarahkan bahawa mengusir jin adalah dengan cara menyakiti mereka dengan sesuatu yang dapat menyakiti tubuh mereka.

📎Mereka tidak dapat mendengar (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segenap penjuru. [Al-Shaffat:8]

Dalam hal ini Nabi Ibrahim a.s merejam mereka (jin) dengan jamrah (bebatuan kecil), Nabi Idris a.s menyakiti mereka dengan tusukan jarum, Rasulullah s.a.w mengusir mereka dengan pukulan tangan atau kain (baju), Umar Al Khattab r.a mengalahkan mereka dalam perlawanan gusti, Khalid Al Walid r.a menetak mereka dengan pedang sehingga mati manakala Imam Ahmad mengancam mereka dengan pukulan kasut. Demikian sunnah para Rasul, Sahabat dan Tabi’en.

Oleh sebab itulah pengamal Ilmu Gerak dalam ehwal rawatan, bertindak menyakiti mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Salafussoleh. Cuma dalam hal ini, pengamal Ilmu Gerak menggunakan daya dari rohaninya sendiri. Hakikatnya, daya rohani itu sememangnya wujud sebab ia adalah tabiat roh.

Sungguhpun perkara yang bersangkutan dengan tabiat roh tidak dinyatakan secara langsung dalam Al-Quran dan hadith namun ia dapat disaksikan melalui kajian yang dilakukan oleh para Ulul Albab sebab Allah s.w.t telah menyatakan segala yang dijadikan-Nya mempunyai manfaat yang tersendiri termasuklah diri manusia itu sendiri yang terdiri daripada jasad, roh dan nafs.

📎Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi serta pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi Ulul Albab. (iaitu) Orang-orang yang senantiasa mengingati Allah walaupun semasa berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini sia-sia.” [Ali ‘Imran:190,191]

📎Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar. [Al-Rum:8]

Demikian roh, ia tergolong ciptaan Tuhan yang juga memiliki manfaatnya yang tersendiri selain memberi hayat pada jasad (manusia) semata-mata.

Kejadian roh walau masih misteri namun ia teristimewa berbanding jasad yang dijadikan daripada tanah bumi yang secara detail telah dinyatakan proses kejadiannya di dalam A-Quran. Keistimewaannya terserlah apabila Allah s.w.t di dalam Al-Quran telah mengaitkan kewujudannya (roh) dengan diri-Nya.

📎Kemudian Dia menyempurnakannya (manusia) dan meniupkan ke dalamnya roh daripada-Nya. [As-Sajadah:9]

Pemerhatian dan kajian yang dilakukan oleh para Ulul Albab akhirnya menemui keistimewaan roh yang berkeupayaan dengan dayanya, di antaranya dalam melakukan kerja-kerja rawatan atas manusia yang bersangkut-paut dengan penyakit yang bersifat fizikal, gangguan makhluk halus (jin) dan sihir.

Daya roh seumpama daya magnet yang menyebabkan besi tertarik ke arah magnet. Hakikatnya, yang membuatkan besi tertarik ke arah magnet adalah disebabkan oleh daya yang wujud pada magnet, bukan oleh zatnya. Demikian halnya dengan roh, kesannya ke atas jin adalah disebabkan oleh dayanya, bukan zatnya.

Daya roh inilah yang dimanipulasi oleh nafs (Diri Sedar) dalam rawatan untuk menundukkan dan menggagalkan ulah jin.

Daya roh setiap manusia hakikatnya sentiasa dalam keadaan siap siaga untuk digunakan pada bila-bila masa namun untuk menggunakannya, bukan semudah yang disangka melainkan setelah diijazahkan ilmunya oleh guru mursyid.

Sertai kursus untuk menjadi Perawat Melayu yang sempurna dengan menekan link https://www.prawis.com/segudang

JANGAN KETINGGALAN!

Sudah terbit!

Untuk julung kalinya buku ILMU GERAK: Khazanah Pendeta Melayu ini membahaskan suatu kaedah rawatan bardasarkan keilmuan pendeta Melayu yang berupaya menumpaskan jin dan sihir dengan mudah, santai dan berhasil. 

Untuk membeli sila layari Facebook PRAWIS (facebook.com/sepohonjadi.prawis). Dan jangan lupa sertai senarai langganan kami untuk berita-berita menarik yang lain.

 

Terima kasih atas langganan anda. Sila pastikan email dari kami tidak termasuk ke dalam folder SPAM anda.