KSSI Julai 2018

KSSI Julai 2018

RAWANG – SELANGOR. Seramai 13 orang telah mengikuti Kursus Sehari Segudang Ilmu (KSSI) bagi sesi Julai yang telah diadakan baru-baru ini pada 30 Jun 2018 yang lalu. Seperti biasa kursus dikendalikan oleh Tuan Ahmad Sharizal selaku pengasas PRAWIS merangkap penyampai mutlak ijazah Ilmu Gerak.

Seperti yang telah dimaklumi, Ilmu Gerak adalah suatu keilmuan kerohanian Melayu yang sangat efektif apabila ia digunakan dalam rawatan yang melibatkan penyakit yang disebabkan oleh gangguan jin, serangan sihir dan enapan zat jahat di dalam badan. Ia juga terbukti berkesan dalam merawat beberapa penyakit fizikal. 

Pengajian bermula 10 pagi dan tamat pada jam 5.30 petang. Tuan Ahmad Sharizal telah menyempurnakan kelima-lima modul pengajian yang dijanjikan iaitu 1.Kenal Diri sehingga pelajar mengetahui rahsia bagaimana menggunakan Daya Diri Roh mereka masing-masing, 2.Pengijazahan Ilmu Gerak yang bersifat kekal yang dapat dipakai seumur hidup tanpa melazimi sebarang amalan atau ritual tertentu, 3.Kenal Musuh yang mendedahkan bagaimana para pelajar dapat mengatasi jin, sihir dan zat jahat dengan mudah, 4.Kaedah Rawatan melalui cara yang terbukti mudah, santai dan berkesan serta diakhiri dengan modul 5.Hakikat Penyakit di mana rahsia setiap penyakit dan cara pemulihannya didedahkan.

Pengajian berjalan dalam suasana santai dan ceria namun ilmu yang diturunkan menepati objektif kursus. Demikian yang berlaku pada setiap kali kursus kerana Tuan Ahmad Sharizal sememangnya dikenali sebagai seorang guru yang mudah didekati, ramah dan tidak lokek ilmu. Segala pertanyaan yang diajukan kepada beliau dijawab dengan tenang, berfakta dan bernas.

Kursus kali ini disertai oleh peserta dari dekat dan jauh termasuk dua wanita dari Singapura. Di antara mereka ada yang datang bertujuan menambahkan lagi ilmu rawatan, ingin menyelesaikan sendiri masalah gangguan saka yang selama ini membelenggu ahli keluarga dan juga ingin merasai sendiri memiliki Ilmu Gerak.

Puan Rosyatimah dari Shah Alam menyatakan rasa syukur beliau selepas menyertai KSSI kerana beliau dapat memahami ilmu yang disampaikan walaupun beliau bukan seorang perawat dan beliau berazam untuk mengamalkan segala ilmu yang telah diperturunkan. Sementara Syahida daripada Singapura pula berazam untuk menggunakan Ilmu Gerak dan ilmu rawatan yang telah beliau pelajari bagi membantu masyarakat yang memerlukan pertolongan beliau.

Hakikatnya sesiapa sahaja yang beragama islam tidak kira peringkat umur samada lelaki atau perempuan boleh mempelajari Ilmu Gerak dan ia sememangnya ilmu yang mudah untuk dimiliki malah kekal seumur hidup dan tidak perlu melakukan apa-apa bentuk amalan khusus atau melaksanakan ritual tertentu setelah diijazahkan. Ilmu Gerak 100% menggunakan daya dari sumber rohaniah yang ada pada diri setiap manusia malah menyelisih dari penggunaan jin, tangkal dan sebagainya yang berunsur khurafat dan menyalahi akidah.

Selepas ini KSSI akan diadakan lagi pada 4 Ogos 2018 di PRAWIS. Sesiapa yang berminat untuk mempelajarinya atau untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang ilmu rawatan kerohanian islam bolehlah mendaftar di https://www.prawis.com/segudang bermula pada minggu kedua bulan Julai ini. Yuran pengajian adalah RM1000 untuk pembelajaran seumur hidup. Tempat adalah terhad.

Leave a Reply