Seseorang yang mahu menjadi perawat perlu mempelajari amalan-amalan kebatinan tertentu bagi mendapatkan kuasa mistik. Amalan-amalan kebatinan ini termasuklah dengan menghafal ayat-ayat tertentu kemudian mengulang-ulang bacaannya dalam bilangan tertentu dalam tempoh waktu yang tertentu sehingga berbulan-bulan lamanya. Selalunya beramal dengan cara ini perlu melalui pertapaan ditempat-tempat sunyi berserta melunaskan syarat-syaratnya. Gagal mematuhi syarat-syarat yang dikenakan berbagai musibah akan menimpa. Lazimnya selepas melalui tempoh pengamalan yang panjang dan ketabahan yang jitu, manusia akan peroleh kesaktian.

Ada juga yang meyakini menjadi perawat haruslah mempunyai dampingan dari kalangan makhluk halus berkuasa mistik sebab hanya makhluk halus yang dapat menewaskan makhluk halus yang lain. Maka dituntut ilmu berdamping dengan makhluk halus yang sakti untuk dijadikan sahabat bertujuan sebagai perantara rawatan. Rata-rata yang menggunakan kaedah ini mengamalkannya dengan cara ‘menurun’ dimana makhluk halus tadi merasuki badan manusia yang menjadi sahabatnya untuk berinteraksi secara terus dengan pesakit. Ketika itu karakter manusia tadi 100% berubah kepada karakter makhluk halus yang merasukinya.

Selain daripada itu merawat dengan jampi mentera juga ada diamalkan dengan berkeyakinan ayat-ayat itu mempunyai kuasa mistik yang dapat menundukkan makhluk halus. Selalunya ayat-ayat jampi mentera bercampur dengan bahasa yang tidak dapat diketahui maknanya lalu ditiup kepada pesakit. Selain itu mereka juga meyakini barang-barang tertentu mempunyai kuasa mistik yang dapat dimanfaatkan namun ianya sukar untuk didapati seperti batu geliga, tangkal, azimat dan sebagainya.. Maka selalunya pesakit dirawat dengan menggunakan barangan tertentu yang disulam dengan jampi serapah.

Dalam konteks rawatan gangguan makhluk halus dan sihir, tidak dinafikan ketiga-tiga cara diatas berhasil menyembuhkan penyakit. Namun pengamalnya harus menempuh kepayahan dan risiko tertentu untuk mendapatkannya. Mereka yang merawat menggunakan kaedah-kaedah ini disebut samada sebagai bomoh, dukun atau pawang.

Sebenarnya untuk menjadi perawat seseorang itu perlu menjadi manusia sakti, memiliki sahabat dari kalangan makhluk halus dan berpayah-payah menghafal sekelian jampi berserta memiliki barang mistik adalah mitos. Bermakna tidak perlu menekuni amalan perbomohan, kedukunan atau kepawangan untuk menjadi seorang perawat. Tidak perlu juga menghafal 30 juzuk Al Quran untuk tujuan itu. Buktinya adalah kami.

Pada kami untuk menjadi perawat sudah memadai jika seseorang itu faham tentang hakikat jin maka untuk mengalahkan mereka bukanlah satu isu yang besar jika sudah mengetahui tabiat mereka. Jin bukanlah suatu makhluk mistik yang perlu ditangani oleh manusia yang berkuasa mistik dengan cara mistik. Bahkan cara untuk menangani mereka tidak perlu pun bergantung kepada ilmu dan amalan mistik.

Realitinya pengetahuan dan pemahaman tentang perihal diri merekalah yang membuat mereka dapat dikalahkan. Selebihnya yang diperlukan adalah kaedah merawat dan tentu sekali keberanian. Kaedah merawat yang dimaksudkan adalah menggunakan upaya rohani yang telah sedia ada pada diri setiap manusia. Ianya tidak perlu diwujudkan, dijana, diserap, dipindah, dibentuk, dibuka dan sebagainya. Ia hanya perlu terus dipakai dengan menggunakan caranya. Bermakna ianya bukan sejenis ilmu kebatinan kerana itu ia tidak perlu kepada pengamalan rutin dan terikat dengan pantang larang. Ianya adalah diri anda sendiri.

Hakikatnya ia adalah hak anda yang cara pakainya ada pada kami. Sertai Kursus Sehari Segudang Ilmu anjuran kami untuk mendapatkannya dan seterusnya menjadi sebahagian dari pengamal Keilmuan Sepohon Jadi.