Tidak sedikit yang menghubungi kami bertanyakan tentang rawatan secara jarak jauh (RJJ). Tidak tahu pula kami sejak bila ‘trend’ RJJ ni mula wujud dan perawat mana yang mulakan dahulu. Jika kita tinjau sunah rawatan Rasulullah SAW, baginda sendiri meruqyah pesakit dengan cara pesakit sendiri ada didepan baginda. Namun begitu, kami tidaklah menolak cara rawatan yang walaupun tidak sunah (seperti RJJ ini) selagi ia melazimi kaedah yang tidak menyalahi hukum syarak.

Tidak dinafikan RJJ ini wujud dan ia diamalkan oleh perawat dalam bidang kerohanian. Dimaksudkan dengan perawat bidang kerohanian ini adalah selain perawat ruqyah sebab rawatan dalam bidang ruqyah hanya menjampi pesakit dengan bacaan ayat Alquran secara langsung berbeza dengan perawat dalam bidang kerohanian yang mengaplikasikan kekuatan rohaninya dalam rawatan.

Pada pendapat kami, pengaplikasian rawatan secara jarak jauh boleh mengundang mudharat walaupun ianya tetap bermanfaat dalam ikhtiar penyembuhan. Sebagai contoh, seseorang yang sedang kerasukan pun kadang-kala agak susah ditenteramkan oleh perawat secara berdepan, bagaimana mungkin orang awam disamping pesakit rasukan dapat mententeramkan rasukan sedangkan mereka berada beratus kilometer dari perawat yang sedang merawatnya secara jarak jauh. Maksudnya perawat pun kadang-kadang ’surrender’, ini kan pula orang awam yang tak tahu apa-apa. Bayangkan anda didalam sebuah bilik bersama rakan anda manakala rakan anda sedang dirawat secara jarak jauh, dalam proses rawatan tiba-tiba rakan anda itu kerasukan lalu melompat, bersilat atau terkejang-kejang, atau mengejar anda.. agaknya apa yang boleh anda lakukan sedangkan anda tak tahu nak buat apa. Kebanyakannya lari lintang pukang atau menggigil ketakutan. Katakanlah anda lari atau terpengsan, siapa pula yang akan menjaga keselamatan rakan anda yang kerasukan itu kerana mungkin saja ia akan memudharatkan dirinya sendiri akibat pengaruh rasukan jin?

Justeru itu kami memilih untuk tidak mengaplikasikan RJJ sebagai salah satu kaedah dalam ikhtiar rawatan kami secara khusus kerana ianya berisiko mengundang mudharat. Adalah lebih baik bagi pesakit berikhtiar secara tertib yakni datang berdepan dengan perawat untuk dirawat.

JANGAN KETINGGALAN!

Sudah terbit!

Untuk julung kalinya buku ILMU GERAK: Khazanah Pendeta Melayu ini membahaskan suatu kaedah rawatan bardasarkan keilmuan pendeta Melayu yang berupaya menumpaskan jin dan sihir dengan mudah, santai dan berhasil. 

Untuk membeli sila layari Facebook PRAWIS (facebook.com/sepohonjadi.prawis). Dan jangan lupa sertai senarai langganan kami untuk berita-berita menarik yang lain.

 

Terima kasih atas langganan anda. Sila pastikan email dari kami tidak termasuk ke dalam folder SPAM anda.