Hantu (makhluk halus) atau hakikatnya ialah bangsa jin sebagaimana yang dijelaskan Allah didalam Al Quran adalah umat seperti manusia juga namun yang membezakan mereka dengan kita adalah tubuh mereka berjisim halus. Oleh sebab itu diri mereka tidak dapat dilihat oleh pandangan mata manusia. Sungguh pun begitu dari sudut sebab-sebab penciptaan mereka didunia ini umumnya tiada berbeza berbanding penciptaan umat manusia sebagaimana firman Allah, “Dan tidak dijadikan jin dan manusia melainkan untuk tujuan beribadat (kepada Allah).” Makanya mereka juga mempunyai akal untuk berfikir dan emosi untuk menilai samada memilih untuk berbuat kebaikan atau kejahatan persis sebagaimana manusia juga.

Oleh kerana tubuh mereka berjisim halus pergerakan dan perbuatan mereka tidak dapat dilihat walaupun pada ketika itu mereka berada berdekatan manusia. Namun begitu, oleh kerana jin juga suatu makhluk yang wujud maka kewujudan mereka disekeliling kita dapat dikenalpasti melalui tanda-tanda kewujudannya walaupun mereka tidak dapat dilihat secara terus.

Umumnya mereka dapat dikesan berada didalam rumah kita melalui tanda-tanda tertentu seperti kerap terpandang melalui hujung mata kelibat-kelibat hitam yang bergerak cepat, rasa seram dibahagian tertentu dalam rumah, terdengar suara yang memanggil, perkakas rumah diusik atau dialih kedudukannya, anak-anak kerap menangis dan sakit, tidur sering diganggu mimpi yang menakutkan dan juga sering ditindih, terdapat kesan-kesan lebam dibahagian peha atau betis bagi perempuan dan sebagainya.

Jika berlaku tanda-tanda diatas maka rumah anda mungkin terdapat jin didalamnya yang mendiami rumah anda beserta anda. Lupakan dahulu tentang tujuan asal jin tersebut menetap dirumah anda sebab ada yang tujuannya kerana dihantar oleh individu yang hasad, ada yang kerana kemahuan jin itu sendiri, ada yang kerana mendampingi anda disebabkan ilmu kebatinan yang anda amalkan dan sebagainya. Lupakan dahulu kerana yang paling penting adalah kita ikhtiarkan supaya mereka pergi meninggalkan rumah kita.

Berikut adalah ikhtiar umum yang boleh dilakukan anda bagi mengeluarkan mereka dari rumah dan jika masih tidak berhasil, lanjutkanlah ikhtiar dengan meminta pertolongan kepada perawat yang arif dalam urusan ini atau terus hubungi kami.

Mulailah dengan memberi peringatan tiga kali (boleh juga selama 3 hari berturut-turut) kepada jin yang berada didalam rumah supaya keluar dari rumah dengan memberi sebab kenapa mereka tidak boleh tinggal didalam rumah kita. Hari keempat adalah hari ikhtiar untuk mengeluarkan mereka dengan cara bermohon perlindungan kepada Allah dengan membacakan surah Al Baqarah didalam rumah. Lakukan membaca surah Al Baqarah sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut dan perhatikan kesannya.

Semoga berjaya.