Tangkal secara tradisionalnya difahami sebagai alat yang dipercayai mempunyai khasiat-khasiat tertentu yang boleh mendatangkan manfaat bagi manusia atas tujuan tertentu. Kebiasaannya isi tangkal adalah wafaq (rajah-rajah tertentu) dan selalunya wafaq ini ditulis pada helaian kertas atau kain atau kulit binatang lalu dilipat kemas sebelum ianya dibaluti tebal dengan kain berwarna yang selalunya terdiri daripada warna kuning, merah, putih atau hitam serta dijahit kemas. Ianya perlu diletakkan ditempat tertentu sesuai dengan matlamatnya dan jika ianya perlu dibawa setiap masa oleh pemakainya maka ianya dijadikan kalungan pada leher atau ikatan lilitan pada pinggang atau lengan. Tujuan wafaq-wafaq ini dibaluti tebal adalah untuk memeliharanya daripada rosak atau terhapus maka oleh itu ada yang menyimpannya didalam bekas tembaga berukuran kecil sebelum diikat pada tubuh badan. Apa itu tangkal ?

Isi tangkal juga ada yang terdiri daripada objek tertentu yang bersifat misteri, kulit, kuku, gigi atau bahagian cebisan daripada tulang-belulang haiwan dan manusia yang dipercayai oleh pengamalnya mempunyai kekuatan ghaib. Selalunya tangkal jenis ini tidak dibalut, hanya disembunyikan ditempat tertentu atau dipamer sebagai kalungan pada leher. Selain daripada itu isi tangkal juga terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang diresapkan dengan cara tertentu pada benda-benda tertentu untuk mendampingi sipemakainya.

Paling lazim adalah tangkal yang isinya adalah tiupan bacaan ayat-ayat tertentu pada seutas benang (selalunya berwarna hitam) dengan melakukan simpulan-simpulan tertentu pada benang lalu dipakaikan pada pergelangan tangan atau dipinggang bayi atau orang dewasa. Masih ramai dikalangan masyarakat yang memakaikan bayi-bayi yang baru lahir dengan tangkal jenis ini dipergelangan tangan atau dipinggang bayi-bayi tersebut atas tujuan tertentu.

Adakah perlu memakai tangkal?

Jika ianya satu keperluan bagi manusia tentu ianya telah dipertontonkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai amalan sehari-hari agar kita juga menurutinya dan jika ada yang menghukumkan pemakaiannya sebagai harus maka ketahuilah Rasulullah SAW dan para sahabat tidak mengutamakannya.

JANGAN KETINGGALAN!

Sudah terbit!

Untuk julung kalinya buku ILMU GERAK: Khazanah Pendeta Melayu ini membahaskan suatu kaedah rawatan bardasarkan keilmuan pendeta Melayu yang berupaya menumpaskan jin dan sihir dengan mudah, santai dan berhasil. 

Untuk membeli sila layari Facebook PRAWIS (facebook.com/sepohonjadi.prawis). Dan jangan lupa sertai senarai langganan kami untuk berita-berita menarik yang lain.

 

Terima kasih atas langganan anda. Sila pastikan email dari kami tidak termasuk ke dalam folder SPAM anda.