Ramai yang bertanya melalui PM (Private Message) adakah kaedah rawatan kami menggunakan ruqyah atau apa beza antara kaedah rawatan kami dengan ruqyah? Maka disini saya akan menunjuknya.

Rawatan cara ruqyah, pada pemahaman saya, perawat adalah seorang yang telah menghafal ayat-ayat Al Quran tertentu atau doa-doa tertentu sebelum dibacakan keatas pesakit. Ruqyah akan diulang-ulangi dibacakan keatas pesakit dan sekiranya ada jin yang merasuk pesakit, ayat-ayat ruqyah yang bersesuai pula akan dibacakan. Kemudian ayat-ayat ruqyah akan dibaca pada air untuk diberi minum kepada pesakit.

Jika begitulah caranya kaedah rawatan ruqyah maka amatlah jauh perbezaannya dengan kaedah rawatan kami.

Rawatan cara kami, perawat adalah seorang yang telah memahami fungsi rohnya dan sudah tahu bagaimana untuk memanfaatkannya. Pesakit dirawat tanpa dibacakan apa-apa ruqyah pun padanya. Rawatan adalah 100% menggunakan kemampuan roh yang dijalankan dengan kaedah niat yang bersifat doa. Jika jin dan sihir ditundukkan oleh perawat ruqyah dengan bacaan-bacaan tertentu keatas pesakit sebaliknya kami menundukkan jin dan sihir dengan kemampuan roh.

Ketahuilah, sebenarnya kita semua sudah sedia hebat semenjak lahir dan kehebatan kita dari pelbagai sudut itu disebabkan roh yang ada pada diri kita, cuma kita tak kenal dan tak memahami roh dan fungsi roh dengan baik maka oleh sebab itu kita tak tahu bagaimana nak memanfaatkannya lebih-lebih lagi dalam bidang rawatan.

Untuk memahami lebih dalam tentang kemampuan dan fungsi roh anda dan kaedah rawatan kami, silalah menyertai kursus Sehari Segudang Ilmu yang dianjurkan pada minggu pertama setiap bulan.