Pusat Rawatan
Ikhtiar Assofa

Rawatan berasaskan doa dengan upaya rohani tanpa mengandungi apa-apa unsur syirik dan khurafat.
Berlandaskan Ihsan dan unik dengan kaedah diagnosis yang matang dari pengalaman lebih 25 tahun dalam menangani jin, sihir dan zat jahat.

Klik Pautan Di bawah untuk Maklumat Lanjut atau Temujanji

Ucaptama Pengasas PRAWIS
Dalam dunia rawatan khususnya gangguan jin dan sihir ini, saya bermula dari seorang yang tidak tahu apa-apa namun kerana ingin tahu akhirnya sedar tak sedar menjadi tahu. Sebabnya sudah tentu atas faktor banyak bertanya kepada ahlinya dan punyai sikap suka mengkaji untuk memahami. Setelah berbelas tahun mendalami bidang ini akhirnya saya mendapat kesimpulan dan hak diri. Dalam pelbagai ilmu rawatan yang saya kaji maka saya lebih senang dengan rawatan berasaskan doa dan menggunakan upaya rohani. Ini kerana menuntut ilmunya amat mudah dan bersifat ‘segera dapat’ manakala mengamalkannya tidak bersyarat dan berpantang larang. Apa yang penting adalah faham sebelum pakai.

Akhirnya saya asaskan PRAWIS sebagai tempat rawatan alternatif bagi pesakit yang memilih untuk merawat masalah gangguan jin dan sihir menggunakan kaedah doa dan upaya rohani. Kelebihan PRAWIS berbanding pusat rawatan lain tidaklah banyak melainkan cara kami tidak menggunakan sebarang alat sebagai perantaraan rawatan dan tidak menyakiti pesakit dengan pukulan atau sebagainya semasa merawat. Kami juga tidak menilai penyakit dengan cara scan/kasyaf sebaliknya menggunakan cara diagnos (meneliti simptom). Mungkin kaedah rawatan ini asing bagi sesetengah orang namun keberhasilannya terbukti.

PRAWIS bermaksud Pusat Rawatan Ikhtiar Assofa yang mana Ikhtiar Assofa bermaksud memilih kejernihan atau kebersihan. Pemilihan nama Ikhtiar Assofa adalah sebagai menggambarkan kami selaku pengamal sumber rohaniah mengamalkan kaedah rawatan yang tidak dicemari atau dipengaruhi syirik, khurafat dan bersekutu jin. Jernih dan bersih juga difahamkan kepada keadaan roh di mana ia secara fitrahnya berasal dari sisi Tuhan yang sudah tentu ia bebas dari sebarang kekotoran dan bertabiat bersih. Bahkan Ikhtiar Assofa pada hakikatnya adalah Ilmu Gerak yang menyandarkan perbuatan merawat kepada sumber rohaniah.

Ikhtiar Assofa adalah suatu kaedah rawatan berasaskan doa dan upaya rohani. Berikut adalah perincian tentangnya.

Rawatan berasaskan doa bermaksud menyandarkan pertolongan dan pergantungan hanya kepada Allah dengan cara bermohon kepadaNya secara lisan atau hati kerana meyakini tiada yang berkuasa atas makhluk melainkan Allah dan meyakini Allah akan memberi pertolongan dengan kehendakNya. Keyakinan ini sekaligus menafikan usaha rawatan kami terikat dengan meminta bantuan kepada mana-mana makhluk halus.

Rawatan berasaskan upaya rohani bermaksud tidak menggunakan peralatan, perkakasan mahu pun barangan berbentuk objek fizikal tertentu sebagai ikhtiar atau perantara rawatan sebaliknya menggunakan sepenuhnya kekuatan hati yang bertawakal 100% kepada Allah. Ini sekaligus menegaskan kami tidak melazimi amalan bertawasul terhadap makhluk halus samada jin atau arwah tertentu.

Kemudian, keilmuan Assofa juga dibuka untuk dipelajari oleh sesiapa sahaja yang berminat kerana ilmu kami bersifat terbuka, oleh itu kami telah menyediakan beberapa modul khusus agar khalayak yang mengikutinya dapat menjadi seorang perawat sebagaimana kami. Apa yang paling penting ahli akan diajar sampai pandai. Setakat ini ada diantara penuntut kami yang telah berjaya membuka pusat rawatan sendiri dan tak kurang juga merawat secara free lance.

Demikian serba sedikit tentang saya dan penubuhan PRAWIS dan semoga kewujudan kami akan memberi lebih manfaat kepada masyarakat.

Ahmad Sharizal
Pengasas PRAWIS

Antara Video Rawatan Ikhtiar Assofa

Antara Video Testimoni Kursus Rawatan Ikhtiar Assofa