Tag Archives: jin

Rawatan Sunnah

Kaedah Rawatan Kami Juga Adalah Sunnah

Lazimnya apabila kami berhadapan dengan pesakit yang kerasukan, kami mengamalkan sikap menyoal jin yang merasuk tentang tujuan ia mengganggu dan menyuruhnya agar keluar dan apabila ia enggan menuruti setelah diperjelaskan kesalahan mereka maka kami akan mengancam mereka dengan ancaman tertentu seperti memukul jin tersebut tanpa menyentuh atau memudaratkan tubuh pesakit setelah proses negosasi gagal. Pada tahap paling akhir dan ditimbangkan sebagai wajar maka jin yang tetap berdegil akan dibunuh. Setelah itu pesakit akan diberi air untuk diminum dan air untuk mandian dirumah. Baca selanjutnya

Kaedeah Rawatan PRAWIS

Rawatan Cara Kami

Ramai yang bertanya melalui PM (Private Message) adakah kaedah rawatan kami menggunakan ruqyah atau apa beza antara kaedah rawatan kami dengan ruqyah? Maka disini saya akan menunjuknya.

Rawatan cara ruqyah, pada pemahaman saya, perawat adalah seorang yang telah menghafal ayat-ayat Al Quran tertentu atau doa-doa tertentu sebelum dibacakan keatas pesakit. Ruqyah akan diulang-ulangi dibacakan keatas pesakit dan sekiranya ada jin yang merasuk pesakit, ayat-ayat ruqyah yang bersesuai pula akan dibacakan. Kemudian ayat-ayat ruqyah akan dibaca pada air untuk diberi minum kepada pesakit.
Baca selanjutnya

Saka Keturunan

Saka

Pernahkah terdapat kesan lebam paling tidak sebesar duit syiling 20 sen pada bahagian peha atau betis anda yang anda sendiri tidak tahu dari mana datangnya lebam tersebut? Kadang-kadang terdapat kesan gigitan pada lebam-lebam itu. Ianya kerap ada dipeha atau betis tanpa dapat dijelaskan puncanya. Dalam waktu yang sama anda kerap didatangi lembaga yang sering mengganggu didalam mimpi samada berupa lembaga hitam, lembaga berbulu atau lembaga yang menyerupai ayah atau ibu atau datuk atau nenek atau seseorang yang tidak dikenali. Kadang-kala anda merasakan seperti ada yang mengikut anda atau memerhati anda sehingga anda rasa tidak selesa. Baca selanjutnya