Tag Archives: buang tangkal

apa itu tangkal prawis

Tangkal

Tangkal secara tradisionalnya difahami sebagai alat yang dipercayai mempunyai khasiat-khasiat tertentu yang boleh mendatangkan manfaat bagi manusia atas tujuan tertentu. Kebiasaannya isi tangkal adalah wafaq (rajah-rajah tertentu) dan selalunya wafaq ini ditulis pada helaian kertas atau kain atau kulit binatang lalu dilipat kemas sebelum ianya dibaluti tebal dengan kain berwarna yang selalunya terdiri daripada warna kuning, merah, putih atau hitam serta dijahit kemas. Ianya perlu diletakkan ditempat tertentu sesuai dengan matlamatnya dan jika ianya perlu dibawa setiap masa oleh pemakainya maka ianya dijadikan kalungan pada leher atau ikatan lilitan pada pinggang atau lengan. Tujuan wafaq-wafaq ini dibaluti tebal adalah untuk memeliharanya daripada rosak atau terhapus maka oleh itu ada yang menyimpannya didalam bekas tembaga berukuran kecil sebelum diikat pada tubuh badan. Apa itu tangkal ? Baca selanjutnya