Rawatan Ikhtiar Assofa

Kesembuhan Dengan Kembali Kepada Allah

Adakah Keluarga, Kenalan atau Diri Anda Sendiri Mempunyai Tanda-tanda Berikut?

✓ Rasukan ✓ Histeria ✓ Susah tidur ✓ Mimpi buruk ✓ Mimpi menakutkan ✓ Mimpi kotor ✓ Sering terjaga malam ✓ Terdengar bisikan ✓ Lebam-lebam tanpa sebab terutamanya diantara pusat dan lutut ✓ Sering ditindih ketika tidur ✓ Nampak kelibat lembaga ✓ Nampak susuk jin ✓ Rasa diperhatikan ✓ Mimpi terima sesuatu ✓ Panas bila mengamalkan ayat-ayat tertentu

Atau
✓ Batuk kering kuat (disahkan bukan TB) ✓ Batuk darah (disahkan bukan masalah klinikal) ✓ Badan panas/bahang bukan demam ✓ Sakit kepala ✓ Rasa benda bergerak di badan ✓ Badan rasa sejuk pada waktu tertentu

Itu adalah kelaziman tanda-tanda samada dari jin, zat jahat atau sihir

Untuk memastikan samada benar ada gangguan jin dan ancaman sihir, sila hubungi kami untuk pemeriksaan. Dan sekiranya benar terdapat gangguan, terpulang kepada anda samada untuk menerima rawatan dari kami atau tidak.

Saya telah merasai sendiri mu’jizat doa, kesembuhan datangnya dari Allah tanpa terkait segala asbab. 2 tahun yang lalu saya di jangka mengidap sakit spondylosis cervicalis dan lumbalis . . . setelah kunjungan ke PRAWIS dan diberi amalan zat zikir, Alhamdulillah saat itu juga persendian saya semakin membaik dan sehat.
Afif Junaidi
Indonesia

Keistimewaan Rawatan Ikhtiar Assofa

Diagnosis Matang

Berdasarkan pengalaman luas Tuan Pengasas PRAWIS, satu kaedah diagnosis penyakit yang jelas telah ditetapkan menjadi Prosedur Rawatan. Dengan ini, penyakit dikenalpasti dengan lebih tepat berbanding sangka-sangkaan. Setiap penyakit yang disyaki akan melalui prosedur penilaian (deductive argument) untuk mengenal pasti punca sebenar penyakit.

Patuh Syari'ah

Rawatan yang patuh syariah, tidak menggunakan perantaraan jin, atau menyeru kepada selain Allah. Teras Rawatan Ikhtiar Assofa ialah “Kesembuhan Dengan Kembali Kepada Allah” dengan kaedah berdoa. Rawatan juga tidak menyokong hal-hal khurafat dan yang tiada sandaran dalam syara’.

Rawatan Tak Sakit

Niat kami adalah untuk menjaga dan merawat pesakit, bukan menambah kesakitan. Teknik rawatan tidak menyebabkan sakit fizikal pada badan pesakit. Hanya secara ruhaniah jin akan disakiti (sekiranya perlu) sebagai ikhtiar untuk menghalau atau menghalang ia dari terus menyakiti pesakit.

Akhlak Islam

Akhlak Islamiah adalah merupakan fokus utama. Pesakit wanita tidak akan sewenang-wenangnya dipegang dan disentuh, kecuali dalam keadaan yang memerlukan sentuhan dan dengan izin mahram atau warisnya.

Kami juga menitik beratkan pakaian Mukmin dan Mukminat yang sesuai supaya tidak terjadi fitnah. Disamping itu perawat PRAWIS ditekankan untuk selalu telus dan benar —contohnya; mengaku tidak tahu sekiranya tidak tahu dan bukan meneka-neka dan mereka cerita.

Tanpa Alatan

Rawatan PRAWIS tidak menggunakan apa-apa alat bantuan seperti kayu Nona untuk memukul, penyepit untuk menyakiti jin yang pada masa sama turut menyakiti tubuh fizikal pesakit dan kadangkala meninggalkan bekas.

Alat lain seperti kemenyan, lada hitam, garam, keris dan sebagainya juga tidak digunakan. Rawatan adalah dengan tangan kosong, berbekalkan ilmu, doa dan pengharapan bulat kepada Allah ‘Azza wa Jalla.

Rawatan Dirakam

Setiap sesi rawatan akan dirakam videonya untuk tujuan rekod, kajian dan latihan. Jika kes anda diambil-allih oleh perawat lain, perawat tersebut boleh merujuk kepada rekod rakaman video sekiranya perlu. Ini mengurangkan salah faham dan pengulangan rawatan. Disamping itu juga, seorang perawat boleh belajar dari kes yang dikendalikan oleh perawat yang lain.

Video tidak akan disiarkan dalam keadaan yang boleh mendatangkan aib kepada anda. Oleh itu jika video disiarkan, identiti anda akan dikaburkan.

Terima kasih yang tak terhingga dari saya sekeluarga di atas kesudian berkunjung ke langkawi dan berikhtiar mengubati ibu saya yang dengan izin ALLAH dengan perantaraan pihak PRAWIS telah sembuh seperti sediakala…nyatalah bila datang yang hak maka batil itu akan hilang…..
Amu Mejie
Langkawi

Kaedah Rawatan Assofa

Setiap pesakit akan melalui sesi diagnosis penyakit.

Sejurus selepas itu, pesakit akan melalui sesi rawatan.

Sekiranya terjadi rasukan, rundingan akan dilakukan oleh perawat sehingga makhluk halus mahu meninggalkan tubuh pesakit.

Segala penyakit yang melibatkan enapan zat-zat jahat/sihir yang berada didalam badan pesakit akan dikeluarkan.

Kaedah rawatan kami memerlukan air masak/mineral (untuk diminum) dan air mutlak (mandian) sebagai ikhtiar rawatan berterusan semasa pesakit berada di rumah. Oleh itu diwajibkan setiap pesakit membawa sendiri air semasa berkunjung ke PRAWIS.

Sesi susulan akan ditetapkan untuk pemantauan. Sekurang-kurangnya 3 kali sesi rawatan adalah disyorkan —bagi kebanyakkan kes, supaya penyakit dapat dipantau dan diusahakan sebaiknya.

Rawatan Fizikal

Ilmu dan Pengalaman kami adalah dalam bidang rawatan Jin, Sihir dan Zat Jahat. Dan kami bukanlah pakar dalam rawatan fizikal dan klinikal. Oleh itu pesakit diharapkan maklum dan merujuk kepada pakar yang sesuai dengan penyakit. Walau bagaimana pun, jika pesakit telah pun berikhtiar dengan rawatan klinikal, tetapi setelah itu ingin juga berusaha dengan kaedah rawatan PRAWIS, kami mengalu-alukan kedatangan anda.

Rawatan kami tidak membatalkan apa-apa rawatan klinikal, tidak menggunakan apa-apa ubatan atau bahan suplementary kecuali air yang boleh digunakan/minum oleh pesakit. Rawatan kami juga tidak menyakitkan.

Ada yang telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk merawat sakit fizikal/klinikal/psikologikal mereka seperti Stroke, Schizophrenia, batu dalam hempedu, barah dan lain-lain yang telah mendapat kesembuhan dari Allah, Alhamdulillah.

Peringatan

(1) Pesakit yang ingin mendapatkan rawatan kami dinasihatkan untuk datang bersama mahram, waris seperti suami, ayah, adik, abang, bapa saudara bagi pesakit perempuan.

(2) Berpakaian menutup aurat yang sesuai. Jika kes melibatkan rasukan, kemungkinan ada rontaan yang berlaku dan pesakit hilang kesedaran, jadi pakaian yang sesuai perlu dikenakan.

(3) Pesakit juga dinasihatkan untuk menghabiskan/memutuskan rawatan dengan perawat lain sebelum memulakan rawatan dengan PRAWIS. Begitu juga sekiranya pesakit memilih untuk di rawat di PRAWIS sebolehnya jangan dicampur dengan rawatan dari perawat yang lain pada masa yang sama. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dan membolehkan pantauan yang lebih berkesan dibuat.

Alhamdulillah, dengan Izin, Setelah diikhtiarkan ke PRAWIS gangguan makhluk halus kepada keluarga telah tiada. Adakalanya gangguan ini datang tanpa sedar dan dlm keadaan sangka2 saja.
Mohd Faidin

Upah Rawatan

Secara umumnya upah yang dikenakan adalah berdasarkan perkara berikut bagi setiap kali sesi rawatan:

(1) Khidmat Nasihat: kadarnya adalah antara RM30 – RM50 bagi kes-kes biasa.

(2) Rawatan Ringan: bagi kes yang tidak kritikal dan mudah diselesaikan dengan kadar antara RM30 – RM50.

(3) Rawatan Berat: bagi kes kerasukan, sihir yang berat. Kadarnya adalah dalam anggaran RM50 – RM100 atau lebih.

Rawatan Luar Kawasan

Kami menerima undangan untuk ke rumah anda untuk tujuan rawatan. Tetapi sebaik mungkin adalah untuk waris pesakit untuk datang terlebih dahulu ke PRAWIS di Rawang Mutiara, atau menghubungi kami untuk kami bertanya tentang latar belakang pesakit dan penyakit yang dihidapi untuk menilai samada kunjungan adalah diperlukan. Ini boleh mengelakkan daripada kami membuat kunjungan yang tidak perlu yang menelan belanja perjalanan dan masa.

Walau bagaimana pun sekiranya kunjungan benar-benar diperlukan, berikut adalah kosnya secara kasar;

– Kos Pengangkutan – Minyak dan Tol (sekiranya ada) dikira daripada tempat perawat ke tempat pesakit.

– Kos Penginapan lebih kurang RM100/semalam.

– Upah rawatan – tertakluk kepada kadar upah rawatan yang telah dinyatakan sebelum ini.

Bagaimana Nak Dapatkan Rawatan?

Sila hubungi:

Tn. Jumadin

011.2303.2804