Latar belakang

Pengenalan

Pengasas adalah Tuan Sharizal Samdin. Beliau mengasaskan PRAWIS dengan tujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang betapa mudahnya menangani gangguan jin dan serangan sihir jika seseorang itu telah mengenal diri dan tahu bagaimana mengguna pakai kelebihan yang telah sedia diwujudkan Tuhan berserta penciptaan diri manusia itu sendiri. Kebanyakkan dari manusia masih belum mengetahui hal ini maka kerana itu PRAWIS ditubuhkan untuk mewar-warkannya disamping menawarkan khidmat rawatan bagi masyarakat yang ingin memperpanjangkan ikhtiar dengan kaedah yang lain dari kebiasaan.

Kaedah rawatan yang digunapakai adalah 100% dari upaya rohani insan maka oleh sebab itu perawat-perawat PRAWIS tidak merawat dengan jampi, mentera, dampingan jin, ilmu kebatinan, olahan energi alam, menggunakan alatan tertentu seperti kemenyan, keris, limau atau mengadakan upacara tertentu seperti menurun, menjamu, membuang ancak, memukul-mukul badan pesakit dan sebagainya semasa proses rawatan.

Kaedah rawatan yang dipraktikkan adalah hasil daripada kajian dan pemerhatian khusus pengasas secara peribadi selama lebih dari 10 tahun terhadap upaya rohani insan, sikap jin dan perjalanan sihir. Hasilnya gangguan jin dan serangan sihir dapat ditangani dengan cara yang amat mudah dan berkesan.

Kunci utama atau inti amalan Tuan Pengasas dalam keberhasilan rawatan adalah mempraktikkan keilmuan Sepohon Jadi sebagai penghidup dan penggerak rohani insan yang dengannya seseorang itu akan berupaya untuk menakluki hingga seterusnya mengalahkan jin dan memusnahkan sihir hanya dengan tangan kosong. Keilmuan Sepohon Jadi yang menjadi pakaian Tuan Pengasas ini berserta kesimpulan hasil kajian beliau selama lebih 10 tahun akan diijazahkan kepada sesiapa yang mengikuti Kursus Rawatan Sehari Segudang Ilmu.

Semoga dengan usaha pengasas ini akan dapat melahirkan lebih ramai individu yang berkebolehan dalam bidang rawatan yang melibatkan jin dan sihir atau sekurang-kurangnya menjadi tempat untuk masyarakat memperpanjangkan ikhtiar dalam mencari penawar keatas penyakit yang dihidapi.