Pengajian Keilmuan Ikhtiar Assofa

Mudah, Santai, Berhasil

Persiapkan Diri Anda Untuk Menolong Diri, Keluarga dan Masyarakat 

Apakah Keilmuan Ikhtiar Assofa?

Keilmuan Ikhtiar Assofa ialah kaedah rawatan menggunakan 100% upaya rohani insan yang dihidupkan dengan amalan doa. Oleh sebab itu seseorang yang telah diijazahkan dengan keilmuan ini tidak perlu kepada apa jua jenis bahantara, sebarang alatan, sebarang bentuk dampingan dengan makhluk halus, sebarang bentuk pukulan ke atas badan pesakit atau menghafal sebarang bentuk ayat-ayat yang sukar samada yang bersifat serapah, mentera atau ruqyah semasa merawat bahkan merawat hanya dengan tangan kosong yakni menggunakan upaya roh sendiri.

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah, “Roh itu termasuk urusan Tuhanku sedangkan kamu diberi pengetahuan hanya sedikit.” [17:85]

Ayuh! Kami bimbing anda menerokai bahagian pengetahuan kita yang sedikit berkenaan roh itu untuk anda memahami keupayaan rohani anda sendiri yang pada hakikatnya cukup hebat dan seterusnya menyaksikan kemampuan sebenar diri anda yang selama ini terhijab dari pengetahuan anda.

Kursus ini antara lainnya bertujuan memperbetulkan persepsi masyarakat yang selama ini menganggap adalah sukar untuk menjadi seorang perawat yang berkebolehan dalam menangani masalah gangguan jin dan sihir kerana untuk menjadi seorang perawat kononnya, seseorang itu harus melewati masa mentelaah ilmu yang panjang dan wajib pula melakukan amalan-amalan zikir atau ritual-ritual tertentu yang perlu diamalkan dengan istiqamah. Sebenarnya untuk menjadi seorang perawat tidaklah terlalu payah sekiranya seseorang itu telah diijazahkan dengan Keilmuan Ikhtiar Assofa dan dalam masa yang sama seluruh ilmu rawatan diajar dengan kaedah ma’rifah yakni kefahaman dan bukannya dengan kaedah teori semata-mata. Untuk itu pembelajaran secara ma’rifah akan diterapkan sewaktu kursus, oleh sebab itu, masa yang panjang tidak diperlukan dalam tempoh berkursus. Sebaik selesai kursus insyaAllah peserta sudah boleh terus merawat.

~ Pengasas PRAWIS

Kenapa Pilih Kaedah Rawatan Ikhtiar Assofa?

Ringkas

Pembelajaran Keilmuan Ikhtiar Assofa tidak perlu masa yang panjang. Dengan pengalaman sejak 2013 mengadakan kursus, kini modul pembelajaran menjadi lebih matang. Peserta hanya diajar apa yang perlu pada tahapnya. Bahkan peserta boleh terus merawat sebaik sahaja keluar dari kursus, dan banyak testimoni kami perolehi daripada peserta mengatakan mereka telah berjaya merawat sebaik keluar dari kursus.

Tangan Kosong

Kami tidak menggunakan apa-apa alatan seperti keris, lada hitam, penyepit, kayu nona, kemenyan dan sebagainya. Anda bila-bila masa sahaja bersedia untuk merawat atau menangani jin/sihir samada di dalam keretapi, penerbangan, di rumah, di asrama, di pejabat dan sebagainya. Tidak perlu berlari ke kedai untuk beli garam dahulu untuk merawat.

Bebas Khurafat

Ilmu yang mendalam mengenai jin dan sihir akan membebaskan anda daripada persepsi salah terhadap jin dan sihir. Dengan pembebasan ini anda akan menjadi lebih berani dalam menghadapi makhluk Allah ini dan lebih bersedia dan tidak menggelabah sekiranya terjadi gangguan jin seperti kerasukan dan sebagainya.

Bimbingan Amali

Kami mengalu-alukan anda untuk datang ke PRAWIS dan menjalani latihan amali dalam pantauan perawat PRAWIS. Anda juga boleh membawa pesakit anda sendiri dan merawat dalam pemerhatian kami. Begitu juga dalam kes-kes pemulihan kawasan, anda boleh mengundang kami ke tempat pemulihan. Cuma pertimbangan sewajarnya perlu diberikan atas masa dan kos pengangkutan yang perlu dikeluarkan.

Perkongsian Pengalaman

Perkongsian pengalaman selama lebih 20 tahun Tuan Pengasas dalam merawat adalah merupakan kelebihan kursus ini. Anda tidak hanya diajar bagaimana nak merawat, tetapi apa yang pernah terjadi dan boleh terjadi supaya anda lebih bersedia untuk menghadapinya. Ilmu rawatan Ikhtiar Assofa ini sebenarnya tak ternilai. Yuran yang dikenakan sebenarnya bukanlah atas ilmu, tetapi atas perkongsian pengalaman.

Hanya Doa

Rawatan Ikhtiar Assofa tidak memerlukan perawat menghafal ayat-ayat rukyah yang khusus, tetapi kami tidak menghalang bahkah menggalakkan peserta menghafal ayat-ayat Al Quran untuk dijadikan pedoman dan petunjuk kehidupan. Bahkan kami menggalakkan perawat untuk sentiasa membaca ayat-ayat Al Quran untuk mendekatkan diri kepada Allah. Jampi serapah juga tidak kami gunakan.

Untuk Semua

Bukan sahaja untuk yang ingin menjadi perawat tetapi juga untuk pesakit atau ahli keluarga pesakit yang ingin merawat sendiri ahli keluarga dan diri anda. Jadilah perawat untuk keluarga anda dan masyarakat anda dengan teknik yang ringkas dan berhasil ini. Kami pernah menerima sekeluarga yang datang belajar.

Belajar Sampai Pandai

Peserta tidak terhad hanya pada satu sesi pembelajaran sahaja, anda boleh ulangi seberapa banyak kali kursus yang sama pada masa yang lain atas rundingan tempat dan masa dengan Wakil Ijazah.

Anda juga digalakkan untuk selalu datang bercerita dan menambahkan pengalaman.

Assalam ustaz… saya ni peserta kursus semalam. Pagi ni saya cuba merawat isteri saya yang selalu sakit badan… alhamdulillah saya buat seperti ustaz suruh maka hasilnya keluarlah makhluk yang gelar diri syaitan. Saya cuba lagi buat dan suruh dia keluar alhamdulillah syaitan itu setuju dan berjanji tak kan kacau lagi… alhamdulillah ustaz, saya berjaya… dan isteri saya rasa ringan dan tak sakit lagi… terima kasih ustaz atas tunjuk ajar. Syukur kepada Tuhan… insyaAllah kalau diizin tuhan saya berhajat nak buka cawangan di Alor Setar. Dan mohon tunjuk ajar lagi dari ustaz. Tq.

Mohd. Hafiz Azam

Ilmu PRAWIS banyak membantu saya dalam merawat pesakit-pesakit saya. ada yang sembuh masa tu juga. subhanallah buasir, tyroid, uri bawah bergerak ke atas, sakit saraf, sendi, strok dll. apa yang penting niat dan keikhlasan dlm merawat juga keyakinan yg mantap pd Allah s.w.t

Pn. Roziah

Terdapat 3 Bahagian Pengajian Keilmuan Ikhtiar Assofa

1. Kaedah Rawatan Rasukan Jin dan Pemulihan Rumah

Berapa Lama: ± 2 jam.
Bila: Sabtu Minggu Pertama Setiap Bulan, 10 pagi – 12 tgh.
Di mana: Ibupejabat PRAWIS atau melalui Wakil-wakil Ijazah.

Untuk Siapa Kursus Ini?

Bagi anda yang tiada langsung ilmu atau pengalaman dalam merawat penyakit-penyakit berkaitan dengan jin, zat jahat atau sihir, kursus ini dirangka khas untuk anda.

Tidak ada apa-apa syarat untuk menyertai kursus ini kecuali hanya minat, kesungguhan dan ikhlas untuk belajar.

Apa Yang Akan Anda Pelajari?

  • Bagaimana Merawat Dengan Kaedah PRAWIS
  • Bagaimana Merawat Rasukan Jin
  • Bagaimana Melakukan Pemulihan Rumah

2. Kaedah Rawatan Sihir dan Zat Jahat

Berapa Lama: ± 2 jam.
Bila: Sabtu Minggu Pertama Setiap Bulan, 2 – 4 petang
Di mana: Ibupejabat PRAWIS atau melalui Wakil-wakil Ijazah.

Untuk Siapa Kursus Ini?

Kursus ini adalah sebagai sambungan kepada Kursus Rawatan Rasukan dan Pemulihan Rumah. Jadi bagi anda yang telah menyertai kursus tersebut, Kursus Rawatan Sihir dan Zat Jahat ini melengkapkan kaedah-kaedah rawatan PRAWIS.

Apa Yang Akan Anda Pelajari?

  • Bagaimana Merawat Sihir
  • Bagaimana Merawat Zat Jahat

3. Kursus Sehari Segudang Ilmu

Berapa Lama: ± 6 jam.

Bila: Sabtu Minggu Pertama Setiap Bulan, 10 pagi – 5 petang .
Di mana: Ibupejabat PRAWIS atau melalui Wakil-wakil Ijazah.

Untuk Siapa Kursus Ini?

Kursus khusus ini ialah ibu kepada kaedah rawatan PRAWIS yang diajarkan di dalam kursus Asas 1 & 2 di atas. Melalui kefahaman Keilmuan Ikhtiar Assofa inilah kaedah-kaedah rawatan yang diajarkan pada Tahap Asas diterbitkan.

Walaupun begitu, seseorang itu tidak perlu melalui kursus Tahap Asas 1 & 2 terlebih dahulu untuk menyertai kursus khusus ini.

Kursus ini amat sesuai bagi anda yang tiada sebarang ilmu dan pengalaman dalam rawatan tetapi serius ingin mempelajari ilmu rawatan jin, zat jahat dan sihir dan mungkin ingin membuka pusat rawatan anda sendiri.

Juga sesuai bagi mereka yang berfikiran terbuka dan bersemangat dalam mengkaji ilmu.

Apa Yang Akan Anda Pelajari?

Celik Diri Dan Pengijazahan Keilmuan Ikhtiar Assofa

Kursus dimulakan dengan pembentangan potensi diri manusia sesuai dengan fitrahnya menjadi Khalifah di muka bumi ini. Selanjutnya, teknik rawatan cara PRAWIS akan diijazahkan kepada peserta.

Memahami Ilmu Tuntutan

Peserta tidak hanya diajar teknik, tetapi juga difahamkan melalui pengalaman dan kajian yang telah dilakukan oleh Pengasas PRAWIS. Dengan harapan ilmu yang diberikan tidak kaku semata-mata pada teknik tetapi menjadi lebih organik, hidup dan bersesuaian dengan setiap peserta.

Rahsia Jin dan Salah Faham Terhadap Sihir

Bahagian ini akan menjelaskan kepada anda perihal jin yang telah diketahui dan termaktub dalam kitab-kita ulama terdahulu beserta kajian Tuan Pengasas PRAWIS sendiri. Anda akan dapat kejelasan kenapa ada jin yang boleh dibunuh dan ada yang tidak mati dan banyak lagi.

Kepentingan Pemantapan Rohani

Menjelaskan kunci sebenar keberhasilan Kaedah Rawatan PRAWIS. Perkara ini menjadi muqaddimah kepada suatu pengembaraan yang jauh dan panjang dalam menjadi hamba Allah. Turut didedahkan di dalam bahagian ini adalah kenapa ada yang tidak berhasil dalam menggunakan kaedah yang telah diajarkan supaya boleh dielakkan.

Salam, saya cukup berterima kasih mencurah ilmu dan dapat membantu orang sekeliling kita.saya telah menolong kawan saya yg terkena benda tajam diatas keningnya, darah memancut.saya guna kaedah yg d ajar oleh prawis Alhamdulillah berhenti serta merta.alhamdulillah..

Pengalaman saya ke 2, menolong kawan saya yg terkene bintat2 d badan selepas magrib dah memakan masa 1bln.dgn ikhtiar Alhamdulillah pulih.

Ja Black

Perbandingan Kursus-Kursus PRAWIS

Kursus Rawatan Rasukan Jin & Pemulihan Rumah

Tahap Asas

2 Jam Kursus

Ijazah Kaedah Rawatan

• Kaedah Rawatan Rasukan Jin

• Kaedah Pemulihan Rumah

Bimbingan Amali

Belajar Sampai Pandai

Kursus Rawatan Sihir & Zat Jahat

Tahap Asas

2 Jam Kursus

Ijazah Kaedah Rawatan

• Kaedah Rawatan Sihir

• Kaedah Rawatan Zat Jahat

Bimbingan Amali

Belajar Sampai Pandai

Kursus Sehari Segudang Ilmu

Tahap Khusus

6 Jam Kursus

Ijazah Keilmuan Ikhtiar Assofa

• Ibu Ilmu Rawatan Untuk Semua Ikhtiar Gangguan Jin, Sihir dan Zat Jahat

• Rahsia Jin, Sihir & Zat Jahat: Menurut Kajian Pengasas PRAWIS

• Pengalaman-pengalaman Rawatan Pengasas PRAWIS

• Celik Diri & Kepentingan Kemantapan Rohani

Bimbingan Amali

Belajar Sampai Pandai

Perhatian

Kedua-dua kursus tahap asas adalah untuk anda yang tiada masa dan inginkan suatu kaedah ringkas dan berhasil untuk menyelesaikan masalah bersangkutan jin, sihir, zat jahat dan pemulihan rumah. Apa yang akan diajarkan hanyalah kaedah, dan bukan perincian ilmu seperti dalam kursus khusus.

Keilmuan Ikhtiar Assofa yang diajarkan di peringkat khusus adalah merupakan ibu bagi kaedah yang diajarkan dalam tahap asas. Kaedah-kaedah yang diajarkan pada tahap asas adalah terbitan daripada Keilmuan Ikhtiar Assofa ini.

Jadi jika anda memilih untuk mengambil kursus khusus, anda tidak perlu lagi kepada kursus-kursus tahap asas.

Asalam..selepas sy mempraktikkan cara/kaedah ilmu DOA (Ikhtiar Assofa), saya bersyukur kerana dgn hanya saya DOA shj sy dpt merawat diri sy sendiri. sy tidak risau mencari / meminta tolong dari orang lain. Alhamdulillah skrng ni sy pula yg menolong orang lain ..syukur sy di pertemukan oleh Allah dgn PRAWIS

Admin: Pn. Thuraya merupakan penderita sihir selama 8 tahun, kini telah sembuh dengan merawat diri sendiri setelah menyertai kursus. Alhamdulillah.

Thuraya Bt. Nuruddin, Teluk Intan

Assalam
ustaz….Alhamdulillah…ustaz saya dapat selesaikan lagi satu kes..anak sedara saya kena rasuk histeria…saya cuba dan berdoa seperti mana yang istaz ajar…alhamdulillah jin dapat di keluarkan…terima kasih ustaz dgn ilmu yang ustaz tunjuk ajar saya. Tq.

Mohd. Hafiz Azam

Alhamdulillah, dengan izinNya, dengan amalan ilmu doa ini, saya telah menemui kaedah baru dalam rawatan alternatif ini ketika merawat penyakit berat/kronik, antaranya buasir, tyroid, strok, uri bawah, prolaps, migrain, sinus, breast cancer, dll. semua ini atas izin Allah, kesembuhan itu hak milik mutlak Allah. . .

. . . maaf ustaz ayat tak comel, tapi itulah yang lahir dari hati kecil saya melihat pesakit yg datang dengan kesakitan dan harapan menggunung, kemudian pulang dlm kesembuhan dan kelegaan, itulah saat yg paling bahagia dlm hidup saya.

Pn. Roziah

Yuran Pengajian

Rawatan Rasukan Jin
& Pemulihan Rumah

RM300

seorang

Rawatan Sihir
& Zat Jahat

RM300

seorang

Kursus Sehari Segudang Ilmu

RM1000

seorang

Diskaun Pendaftaran Serentak!

Sekiranya anda daftarkan serentak…

2 orang = RM290/seorang
(jimat RM20)

3 orang = RM280/seorang
(jimat RM60)

4 orang = RM270/seorang
(jimat RM120)

5 orang = RM260/seorang
(jimat RM200)

6 orang keatas = RM250
(jimat RM50 seorang)

2 orang = RM290/seorang
(jimat RM20)

3 orang = RM280/seorang
(jimat RM60)

4 orang = RM270/seorang
(jimat RM120)

5 orang = RM260/seorang
(jimat RM200)

6 orang keatas = RM250
(jimat RM50 seorang)

2 orang = RM950/seorang
(jimat RM100)

3 orang = RM900/seorang
(jimat RM300)

4 orang = RM850/seorang
(jimat RM600)

5 orang = RM800/seorang
(jimat RM1000)

6 orang atau lebih = RM750/seorang
(jimat RM250/seorang)

Sebarkan kepada keluarga dan kenalan anda. Lebih ramai yang anda daftarkan, lebih jimat!

Bagaimana Nak Sertai?

Untuk menyertai mana-mana kursus PRAWIS, sila hubungi Urusetia berikut dan tetapkan masa dan peserta.

Pn. Nor Haslina

013.2497.997 atau klik http://prawispengajian.wasap.my

DAFTAR SEKARANG

Pusat Rawatan Ikhtiar Assofa (PRAWIS)

PRAWIS (Ibupejabat) Rawang
2C-2-11, Jalan Rawang Mutiara 3,
Rawang Mutiara Business Centre 2,
48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan

Waktu Buka:
2ptg - 10mlm setiap hari kecuali Jumaat, Isnin & cuti Umum.

Open Chat
1
Close chat
Sila tekan butang "Mula" untuk berbual dengan kami.

Mula

JANGAN KETINGGALAN!

Sudah terbit!

Untuk julung kalinya buku ILMU GERAK: Khazanah Pendeta Melayu ini membahaskan suatu kaedah rawatan bardasarkan keilmuan pendeta Melayu yang berupaya menumpaskan jin dan sihir dengan mudah, santai dan berhasil. 

Untuk membeli sila layari Facebook PRAWIS (facebook.com/sepohonjadi.prawis). Dan jangan lupa sertai senarai langganan kami untuk berita-berita menarik yang lain.

 

Terima kasih atas langganan anda. Sila pastikan email dari kami tidak termasuk ke dalam folder SPAM anda.