Category Archives: Umum

Rawatan Sunnah

Kaedah Rawatan Kami Juga Adalah Sunnah

Lazimnya apabila kami berhadapan dengan pesakit yang kerasukan, kami mengamalkan sikap menyoal jin yang merasuk tentang tujuan ia mengganggu dan menyuruhnya agar keluar dan apabila ia enggan menuruti setelah diperjelaskan kesalahan mereka maka kami akan mengancam mereka dengan ancaman tertentu seperti memukul jin tersebut tanpa menyentuh atau memudaratkan tubuh pesakit setelah proses negosasi gagal. Pada tahap paling akhir dan ditimbangkan sebagai wajar maka jin yang tetap berdegil akan dibunuh. Setelah itu pesakit akan diberi air untuk diminum dan air untuk mandian dirumah. Baca selanjutnya

Kaedeah Rawatan PRAWIS

Rawatan Cara Kami

Ramai yang bertanya melalui PM (Private Message) adakah kaedah rawatan kami menggunakan ruqyah atau apa beza antara kaedah rawatan kami dengan ruqyah? Maka disini saya akan menunjuknya.

Rawatan cara ruqyah, pada pemahaman saya, perawat adalah seorang yang telah menghafal ayat-ayat Al Quran tertentu atau doa-doa tertentu sebelum dibacakan keatas pesakit. Ruqyah akan diulang-ulangi dibacakan keatas pesakit dan sekiranya ada jin yang merasuk pesakit, ayat-ayat ruqyah yang bersesuai pula akan dibacakan. Kemudian ayat-ayat ruqyah akan dibaca pada air untuk diberi minum kepada pesakit.
Baca selanjutnya